klik sini

Download PERCUMA SEKARANG!

Friday 31 August 2012

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! YANG KE-55

hai semua...selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 55 pada hari ini 31 0gos...

Macam mne korang punya rancangan untuk celebrate merdeka?
hapenning tak tahun nie?

semoga semua rakyat mnjaga kesihatan dan keselamatan masing2 ya   :)

Wednesday 29 August 2012

Samsung bayar saman pada Apple 20 billion syiling 5 sen

Apple dapat duit raya 5 sen dari Samsung pagi tadi...

hahaha

kelakar gila...

Apa pun,terbaik lah Samsung ..

Taktik yang paling bernas!

wahahahahaha



Gangnam Style

VIDeo paling style larhh!!


Gangnam Style

Apa yang anda tahu tentang gangnam style?kongsi dan share disini..
Lawak kowt lagu dya...
hahaa



Skill tangan tu yang style tu...haha

http://www.youtube.com/watch?v=9HPiBJBCOq8&feature=relmfu

Bajet 2013


BUTTERWORTH – Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada 28 September ini bakal memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi cabaran dalam tempoh jangka pendek dan panjang, pengagihan kekayaan negara secara adil dan mengekalkan dasar fiskal sedia ada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, tumpuan terhadap dua aspek itu penting memandangkan ia merupakan asas bagi polisi ekonomi yang telah diamalkan sejak dahulu.
Katanya, langkah kerajaan menolak polisi ekonomi Barat sepertimana yang diamalkan pada awal kemerdekaan dengan corak acuan sendiri kini telah terbukti berkesan.
“Kita telah mengubah dasar Barat itu kepada tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi sekali gus mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara adil dan ia terbukti membantu membangunkan negara dalam tempoh singkat.
“Sehubungan itu, dasar tersebut akan terus menjadi teras utama dalam pembentangan Bajet 2013 yang akan dibentangkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Kebangsaan Teluk Air Tawar di sini semalam.
Turut hadir adalah Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan dan Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff.

LAGU HANGIT - KENTUT DIA

HOT FM AM CREW LAGU HANGIT - KENTUT DIA LAGU ASAL - 

UNTUK DIA ( SLEEQ ft NAJWA LATIF) HAK CIPTA 

TERPELIHARA HOT FM PRODUCTION


http://www.youtube.com/watch?v=uEUtgpbYk74


haha...lawak kowt...layan je..

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)

PETALING JAYA - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) secara berperingkat-peringkat bermula semalam.
Kad diskaun yang diwujudkan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban sara hidup pelajar sepanjang pengajian itersebut boleh digunakan di 1,200 cawangan kedai dan pasar raya terpilih bermula 1 September depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama pemberian kad tersebut yang dikeluarkan dengan kerjasama Bank Rakyat membabitkan para pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sepenuh masa.
Sehingga kini, katanya, kad yang memberi diskaun atas pembelian barangan dan perkhidmatan itu sudah mempunyai sebanyak 179 buah syarikat yang menjadi rakan dagang meliputi sektor seperti peruncitan, kelengkapan sukan, penginapan dan syarikat penerbangan.
"Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat korporat akan menjadi rakan dagang menjelang hujung tahun ini dan pelajar bebas menggunakan kad tersebut sehingga tamat tempoh pengajian.
"Ini merupakan cadangan yang diutarakan oleh majlis perwakilan pelajar dan ia jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu golongan ini dengan mendengar suara mereka," katanya.


Wanita Paling Ramai curang

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Samun di Kelantan

Sekitar jam 4 petang tadi, seluruh negeri Kelantan terutama di Kota Bharu gempar dengan siri jenayah ragut menggunakan parang disini. Mangsa seorang wanita diragut oleh seorang yang tidak dikenali dengan peragut bersenjatakan parang menetak mangsa sehingga menyebabkan tangan mangsa hampir terputus. Kejadian malang ini berlaku di Jalan Sultanah Zainab berhampiran Kedai Tudung TURSAB. Jalan dipenuhi darah yang mengalir, dan laluan traffik dikatakan penuh sesak di samping kehadiran polis bagi mengawal keadaan.

Kami seluruh warga Kelantan dan Malaysia berdoa agar keadaan mangsa ragut agar cepat sembuh. Semoga Allah akan membalas segala kejahatan yang peragut lakukan terhadap mangsa.



Hantu Di Kulim Hi-Tech

Jelmaan Langsuir Bimbangkan Penduduk Kulim Perdana?
Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.
Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya


New Modenas Dinamik 2012

Kilang modenas telah menyatakan bahawa mereka dalam proses untuk mengeluarkan modenas dinamik berwajah baru.
Mesti anda tertanya2 bukan bagaimana spesifikasi dinamik yang terbaru bukan..
mereka uar-uarkan bahawamodel baru akan menggunakan sistem SAS.

 ‎"S.A.S Secondary Ais System whereby the system for better emission for passing throuh Euro3 regulation." quoted from matzack (modenasbikers forum)



D6MIK CLUB 4EVER





























MODENAS DINAMIK 120





















Engine
Type2-stroke, single cylinder
Bore X Stroke54.0 x 51.8 mm
Displacement118 cc
Compression Ratio7.3 : 1
CarburetorMikuni VM22
Ignition SystemDC-CDI
Starting SystemKick starter
Cooling SystemAir cooled
LubricationForce feed lubrication
Fuel Tank Capacity4.6 L
Fuel Consumptionn/a
Transmission
Type6-speed return
ClutchWet, multi disc
Primary Reduction Ratio3.043 (70/23)
Final Reduction Ratio2.785 (39/14 )
Driving SystemChain
Chassis
TypePipe backbone
Front SuspensionTelescopic
Rear SuspensionSwing Arm, Mono-shock
Front BrakeDisc
Rear BrakeDisc
Electrical System
Battery12V 3Ah