klik sini

Download PERCUMA SEKARANG!

Wednesday 29 August 2012

Ketua pasukan lega Kedah bangkit selepas dua kali tewas


ALOR SETAR: Kehadiran jurulatih baru memberi kesan positif kepada pasukan Kedah apabila skuad itu akhirnya berjaya mencapai kemenangan pertama selepas tewas dua perlawanan awal peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia.
Ketua pasukan Kedah, Badrol Bakhtiar berkata corak kendalian jurulatih baru dari Croatia, Marijo Tot tidak memberi tekanan kepada pemain bagi membolehkan para pemain bermain dengan lebih tenang untuk menumpas Terengganu di Stadium Darul Aman di sini malam tadi. 
Badrol berkata kehadiran Tot memberi impak yang begitu tinggi kepada pemain untu bermain pada tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini seperti yang diharapkan oleh penyokong pasukan itu.

"Malam ini kami bermain agak konfiden dan tiada tekanan. Kami akan mengekalkan momentum ini untuk bertemu dengan pasukan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan antara Kedah dengan Terengganu di Stadium Darul Aman, lewat malam tadi.

Katanya beliau amat berpuas hati dengan kebangkitan pasukannya dan mengharapkan akan dapat meneruskan aksi kemenangan dalam saingan Piala Malaysia yang berbaki tiga perlawanan di peringkat kumpulan.

Sementara itu, Tot berkata walaupun menang malam tadi, pasukannya masih berhadapan dengan tugas berat untuk melangkah ke pusingan seterusnya kerana mereka perlu menang semua tiga perlawanan menentang Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Terengganu.

Bagi pengendali Terengganu Peter James Butler, beliau agak terkilan dan kecewa kerana pasukannya beraksi dengan baik malam tadi terutama pada separuh masa kedua.

Katanya beliau sukar untuk percaya apabila melihat lapan peluang gol yang dicipta gagal untuk menghasilkan gol buat pasukan dari Pantai Timur itu.

Butler berkata pasukannya perlu menang dua perlawanan di tempat sendiri bertemu ATM dan Kedah untuk layak ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan malam tadi Kedah berjaya menumpaskan Terengganu 2-1 hasil jaringan Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-10 dan 47 manakala gol Terengganu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit ke-22. - Bernama

No comments:

Post a Comment