klik sini

Download PERCUMA SEKARANG!

Saturday, 1 September 2012

Misteri HAJARUL ASWAD.. Misteri BATU HITAM...

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini 

telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan 


mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang 

sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara 

rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web 

tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, 

tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak 

berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih 

berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan 

menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.



Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero 

Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum 

kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara 

kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan 

tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi 

Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita 

bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.



Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan 

juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu 

tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu 

tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.


Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa 

anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".

(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

No comments:

Post a Comment